Tuesday, October 26, 2010

Surat Kiriman - Malay Language Paper 1

Fadilah Bte Yunos
Blok 183 Jalan Kembangan
#02-123

1hb Oktober 2010

Pegawai Perhubungan Awam
Majlis Bandaran Taman Anggerik
#01-44
Singapura 490020

Tuan

Gerai Di Pasar Malam Tidak Menitikberatkan Soal Kebersihan

Berhubung dengan perkara di atas , saya ingin membicarakan tentang gerai-gerai di pasar malam itu . Gerai-gerai di pasar malam ini tidak langsung tidak menitikberatkan soal kebersihan . Pada pendapat saya , ini amat mengkhuatirkan apalagi jika ia melibatkan makanan .

Sepatutnya , jika gerai-gerai ini menjaja makanan , pemilik gerai itu harus mempunyai sekeping sijil untuk menunjukkan bahawa gerai itu bersih .

Saya amat risau dengan perkara sebegini kerana orang-orang yang membeli makanan-makanan itu mungkin terkena sakit perut dan cirit-birit .

Mungkin juga , bahan-bahan yang digunakan tidak segar dan telah tercampur dengan bakteria .
Saya sarankan agar Pegawai Perhubungan Awam pergi ke gerai itu dan lihat sama ada gerai mereka kotor atau tidak dan makanan mereka boleh dijual ataupun tidak .

Akhir kata , saya berharap Pegawai Perhubungan Awam akan mengambil tindakan atas perkara ini . Saya juga berharap akan ada perubahan kepada gerai-gerai itu . Terima kasih .

Yang Benar
Fadilah
(Fadilah Bte Yunos)

Thursday, August 19, 2010

Sambutan Hari Kebangsaan di Sekolah .

Sambutan Hari Kebangsaan Di Sekolah .


Aku masih teringat lagi tentang sambutan Hari Kebangsaan di sekolah pada hari Jumaat yang lalu . Kami sekelas benar-benar bergembira pada hari itu . Sambutan pada hari itu amat meriah sekali . Walaupun murid-murid menengah 3 , 4 dan 5 tidak dapat menyaksikan konsert pada hari itu , kita semua tetap berpuas hati kerana dapat turut serta untuk bernyanyi pada babak akhir konsert itu .


Pada hari Jumaat itu , sekolah bermula dengan upacara perbarisan . Aktiviti ko-kurikular seperti NCC , NPCC , NCDCC dan St. Johns telah menjayakan perbarisan tersebut . Semuannya telah berjalan dengan lancar dan sempurna . Selepas itu , kelas-kelas dibahagikan kepada menengah atasan dan bawahan . Menengah atasan langsung ke tempat-tempat yang telah ditetapkan untuk memulakan pertandingan antara sesama kelas . Kelas saya , 3n2 , tidak dapat meraih apa-apa anugerah . Tetatpi , itu tidak mematahkan semangat kami sekelas . Kami bersama-sama telah berusaha untuk membuat yang terbaik . Pada sesetengah murid-murid yang tidak menyertai pertandingan itu , mereka telah memberikan semangat untuk mereka yang sedang berlawan dalam pertandingan itu .


Selepas pertandingan itu , menengah atasan diarah untuk ke dewan . Kami turut serta untuk menyanyi bersama-sama dalam babak akhir konsert Hari Kebangsaan pada hari itu . Kami amat gemar dengan lagu-lagu yang telah diputarkan . Lagu-lagu kebangsaan itu amat bermakna kepada warganegara Singapura seperti kami . Aku dan kawan-kawan berkobar-kobar turut bernyanyi mengikut alunan lagu-lagu itu . Sambil bernyanyi , aku berasa amat bangga dengan apa yang negaraku iaitu Singapura telah capai dengan berjaya .


Aku amat bangga untuk menjadi warganegara Singapura . [:




Thursday, August 12, 2010

Surat Kiriman Rasmi [:

Afiqah Bte Ramli
Blk 33 , Jalan Mengkudu
#05-50
Singapura 330033


13hb Ogos 2010


Pegawai Perhubungan Awam
Syarikat Perkhidmatan Bas Cekap
20 Jalan Insaf
Singapura 780301


Tuan
Perkara : Rayuan Untuk Perkhidmatan Bas Cekap Disambung Semula
Berhubung dengan perkara diatas , saya sebagai seorang penduduk di kawasan Jalan Mengkudu , merayu agar perkhidmatan bas daripada Syarikat Perkhidmatan Bas Cekap disambung semula . Ia telah banyak menimbulkan kesukaran kepada penduduk-penduduk disini .

Kesukaran yang paling utama kita lalui ialah untuk keluar bekerja . Ramai daripada kami yang tidak mempunyai kereta . Jadi , agak susah untuk kita keluar bekerja . Seperti waktu dahulu , kami yang bekerja berasa lebih selesa jika ada perkhidmatan bas ini . Disebabkan kita lebih senang untuk kita pergi ke kerja .

Penduduk-penduduk disini sukar untuk mendapatkan teksi kerana kawasan kami adalah kawasan pendalaman . Dengan itu , kami harus berjalan kaki sekurang-kurangnya 20 minit untuk sampai ke Penukaran Bas yang terletak agak jauh .
Lagipula , sukar untuk kaum ibu untuk pergi ke pasar dan membeli keperluan dapur . Ini juga menyukarkan untuk keluarga menyambut Hari Keluarga atau sambutan-sambutan yang lain bersama-sama .

Dan juga jika adanya perkhidmatan bas ini , ia tidak akan menyusahkan warga emas yang ingin keluar kerana mereka sudah tua dan amat lemah . Kami juga lebih selesa dengan perkhidmatan bas kerana tambangnya jauh lebih murah daripada MRT .

Akhir kata , saya ingin merayu agar perkhidmatan bas yang lalu di Jalan Mengkudu disambung semula . Saya berharap teramat sangat kepada Syarikat Perkhidmatan Bas Cekap agar menyambung perkhidmatan ini . Saya harap Tuan akan menimbangkan rayuan saya ini . Terima kasih .

Yang benar
Afiqah
(Afiqah Bte Ramli)

Wednesday, March 3, 2010

Hari Pertahanan Mutlak [:

Saya akan ...
[ secara peribadi ] ...membuat kawan dengan semua orang walaupun mereka berbeza bangsa dengan saya .Saya juga akan bertekad untuk tidak membuang masa membuat perkara-perkara yang tidak berfaedah .
[ keluarga ] ...meluangkan lebih banyak masa dengan keluarga .Saya akan mengeratkan lagi hubungan kami sekeluarga .Saya akan melapangkan masa khas untuk acara bersama keluarga .
[ sekolah ] membuat kerja sekolah saya dengan tekun .Saya juga akan belajar dengan bersungguh-sungguh .Saya tidak sia-siakan ibubapa saya .Saya akan menunjukkan bahawa saya boleh berjaya dengan lulus dengan cerlang untuk peperiksaan-pepeiksaan saya .

Wednesday, July 8, 2009

pengalaman bermain permainan tradisonal ![:

1. senaraikan serta ceritakan serba sedikit tentang permainan tradisional yang telah kamu pelajari / sertai pada 8 / 7 / 09 .


2. permainan manakah yang telah menambat hati kamu ?mengapa ?gambarkan perasaan kamu semasa memainkan permainan tersebut .


3. sertakan gambar permainan tersebut .


----------------------------------------------------------------------------------------------


Permainan-permainan tradisional semuanya ada cabaran yang tersendiri .Walaupun begitu ,saya tetap mencubanya kerana bagi saya tidak selalu kita dapat bermain permainan sebegini .Permainan tradisional ini unik dalam cara tersendiri .


Saya amat gemar dengan permainan Congkak kerana bagi saya ,ia amat menarik .Saya berasa amat seronok apabila memainkan permainan itu .Ia seperti menghilangkan tekanan apabila bermain permainan itu .


Wednesday, July 1, 2009

cuti sekolah penggal 1-2009 !

Pada cuti sekolah yang lalu ,saya telah merancang banyak aktiviti .Tetapi ada rancangan saya yang gagal .Salah satu rancangan saya yang gagal adalah rancangan saya untuk keluar bersama kawan saya untuk menonton wayang .Cerita yang kita ingin tontoni bersama ialah 'Transformers' .Tetapi ,akhirnya ia tak jadi kerana kawan saya ada rancangan lain .

Ada juga rancangan yang saya dapat lakukan .Saya dan keluarga saya dapat pergi melancong ke Negeri Sembilan .Kita tinggal di Kampung Lonek .Sungguh pelik namanya tetapi disana sangat seronok .Saya kini mempunyai keluarga angkat .Saya berasa ghairah untuk kesana lagi .


Itu sahajalah rancangan-rancangan saya untuk cuti bulan yang lepas .[:




Tuesday, March 24, 2009

Kerjaya Yang Ingin Saya Ceburi



Saya ingin sekali menjadi seorang penulis apabila saya sudah dewasa kelak . Saya memang minat menulis . Sudah terlalu banyak buku saya gunakan untuk menulis cerita-cerita dan puisi-puisi hasil ciptaan saya sendiri .


Saya banyak membaca buku-buku seperti novel Melayu dan Inggeris . Untuk novel Melayu , saya amat meminati cerita Lafaskan Cintamu . Ia amat mengguris perasaan dan membuat pembaca seperti dirinya berada dalam buku itu . Untuk novel Inggeris pula , saya amat gemar dengan buku-buku yang dihasilkan oleh Meg Cabot . Yang paling saya suka ialah The Mediator Series . Ia mengisahkan tentang seorang wanita yang boleh bercakap dengan makhluk-makhluk dari dunia yang lain seperti , hantu .


Apabila saya membaca novel-novel sebegitu , saya seperti teruja dan ingin mengikut jejak langkah penulis-penulis itu . Bukan saja cerita tapi , saya juga amat suka menulis puisi dalam bahasa Melayu .

Saya giat menulis kerana saya mengikut jejak ibu saya dan pakcik saya , Ismail Wardi . Dia mempunyai sebuah cerpen di dalam majalah di sekolah saya . Saya amat meminatinya . Itu sahaja sebabnya . [: